ITMAWAT sahut cabaran baru.
Thursday, November 12, 2009 @ 7:04 PM

Assalamualaikum.

Sebagai ketua ITMAWAT tahun 2009/2010 saya berbesar hati terhadap pencapaian ITMAWAT dalam menyatu-padukan ukhwah para pelajar-pelajar. Setelah empat belas tahun ITMAWAT ditubuhkan, usaha gigih ketua-ketua ITMAWAT yang terdahulu tampak berhasil, namun, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki dalam mengubah keadaan yang kadang kala membimbangkan, kami akan meningkatkan usaha kami dalam tarbiyah para pelajar. Dengan dakwah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, kami ingin membina pelajar madrasah supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi di samping taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.Moga misi ITMAWAT tercapai insyaallah.

Kami sedang bersiap sedia untuk menghadapi cabaran baru di tahun yang mendatang iaitu 2010. Pada tahun hadapan kami ingin menumpukan dalam perkara yang berikut:

-Akhlak
-Mempraktikkan apa yang telah dipelajari(khususnya dalam hal agama)

Dalam merealisasikan perkara tersebut kami harap para pelajar dapat bekerja sama demi mendapat kan natijah yang baik dari usaha tersebut.Dan saya ingin mengingat kan para pelajar agar patuh dengan arahan, baik dari arahan sekolah, guru-guru, asatizah, dan para ketua.Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Patuh dan taat adalah wajib atas seorang Muslim,baik pada sesuatu yang ia sukai mahupun yang ia benci,selama dia tidak diperintahkan untuk melakukan sesuatu kemaksiatan.Namun, jika dia diperintahkan untuk melakukan suatu kemaksiatan,maka tidak ada kepatuhan dan ketaatan."(hadis riwayat Bukhari(no.7144))


akhir kata dari saya,semoga ukhwah para pelajar berkekalan.bersatu teguh bercerai roboh.wassalam.

KUlit Baru JUn 2009 Ini!
Friday, June 12, 2009 @ 11:36 PM

Hahah! seperti yang telah dijanjikan ~!!! Kulit baru bagi Itmawat telah disiapkan.

Sila tinggalakn pesanana atau komen-komen anda. Terdapat beberapa pekara lagi harus diubahsuai dahulu sebelum ianya selesai.

Alhamdulillah.

Wassalam~

Nasyid Audition
Wednesday, June 10, 2009 @ 2:14 PM

Assalamualaikum to all.

Sorry for the late post of this nasyid final audition. But here it is right now. So enjoy it. Sorry for the bad view anyway.


video


So thats it for now. Thank you to UID and all the other units who have assisted and made this event a successful one, and to all audience who have came to support this event. Jazakumullah khair jaza. Barakallah fikum jamian. =)

UPDATES
Tuesday, June 2, 2009 @ 4:06 AM

Assalamualaikum Wr Wb.
Telah lama saya tidak mengemaskinikan blog ITMAWAT ini.
Ingin saya meminta maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan blog ITMAWAT yang kian berhabuk.

Nasyid Auditions Final

Saat yang menggentarkan dan menggerunkan bagi mereka yang menyertai, akhirnya keputusan telah diumumukan. Antara mereka yang terpilih adalah: Aminursolihin Ammar Iqbal Hannan Hariz.

Kami dari pihak ITMAWAT mengucapkan ribuan terima kasih terhadap Madrasah, pelajar-pelajar yang mnyertai dan juga syabas kepada mereka yang berjaya. Moga-moga objektif program yang dianjurkan UID tercapai.

Sekian saja dari saya, blog ini akan dikemaskinikan tidak lama lagi InsyaAllah.

Nasyid Auditions 2009
Saturday, April 18, 2009 @ 11:24 AM


Time : 3pm
Venue : Lecture Theatre

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Nasyid Audition 2009 ini berlangsung pada hari jumaat yang lalu iaitu pada 17 haribulan yang lalu. Hos kita pada hari itu adalah Abang Jafni Rahman (juga presiden Itmawat 2009)

Program ini yang dijalankan oleh Unit Ibadah dan Dakwah (UID) bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian nasyid untuk menggantikan mereka yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi.

Barisan pengadil terdiri daripada Akh Amin Abdul Wahab yang sudah lama terlibat dalam bidng ini, Tamliikhaa Khamsani, anggota kumpulan nasyid Irsyadee, Muhammd Huzaifah, Fauzi dan juga Abdul Fattah. 

Terdapat beberapa komen yang pedas dan ada juga komen yang baik dari para juri. Penonton juga amat kecoh dan terhibur semasa petandingan itu dijalan kan.

Secara kesuluruhan, Kumpulan yang diketuai Ammar Abdul Halim mendapat pujian yang terhebat dari para juri juga  'supporters' mereka.  Apa tidak, vokal Ammar cukup untuk memukau para pengadil! 

Tidak Kurang juga mereka yang lain-lain seperti Nubail, Faiz (Sunnguh berani ya adik menengah satu kita ni) dan juga mereka yang berkumpulan walaupun masih lagi 'nervous' dan menggigil semasa mendendangkan lagu.

Kami mengucapkankan ribuan terima kasih kepada mereka yang telibat, para penonton pada hari itu. Semoga objektif program ini tercapai. Dan kepada mereka yang terlibat, Nantikanlah Keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi!



photography competition
Friday, February 13, 2009 @ 12:59 AM



PHOTOGRAPHY COMPETITION RESULTS


Theme: Building

2nd place
Zahratur Rofiqah sec3.2


1st Place
Muhammad Isa Zaini sec4.2



Theme: Historical Sites


2nd Place
Hasanah Jamaludin preu2.2



1st Place
Abdul Hadi Jamalludin preu2.2

Theme: Nature



3rd Place
(preview unavailable)




2nd Place
Muhammad Isa Zaini sec4.2



1st Place
Khairul Abdullah bin Kamal preu2.1

unity @ ITMAWAT
Monday, January 19, 2009 @ 10:47 PM


assalamualaikum

this isnt going to be a long post of any sort

i juz wanna wish
that i'll see unity in ITMAWAT
like never before


hadyy=]
(secetary ITMAWAT 08-09)

Labels: